Keberadaan Sains Tabii dan Teknologi di Alam Melayu

Makalah ini semata-mata dikarang untuk menyerlahkan beberapa bukti yang mampu menjelaskan kedudukan Sains Tabii dan Teknologi yang wujud semenjak wujudnya Bangsa Melayu. Isu ini menjadi tema perbincangan yang agak besar kerana selama ini tiada siapa yang menjangkakan bahawa Bangsa Melayu ini juga memiliki kepustakaan Sains Tabii dan Teknologi yang boleh dipertaruhkan bagi mempertahankan keutuhan bangsa ini di zaman globalisasi.